Sunday, 31 December 2017

Hukum Bawa Telefon Ada Perisian Al-Quran Ke Tandas

Hukum Bawa Telefon Ada Perisian Al-Quran Ke Tandas | Kecanggihan teknologi kini menyaksikan pelbagai aplikasi keagamaan dimuat turun di dalam telefon pintar antaranya paparan ayat-ayat suci al-Quran dan aplikasi surah-surah tertentu.



Perlukah ada adab-adab yang tertentu kerana gajet ini dibawa ke tandas dan diletak di tempat yang tidak sepatutnya. Tolong ustaz berikan pencerahan?

Jawapan
Telefon pintar yang mempunyai perisian al-Quran bukanlah sebuah mushaf al-Quran. Oleh itu, kewajipan mempunyai wuduk pada pendapat sebahagian ulama untuk memegang al-Quran tidak terpakai untuk telefon pintar. Maka wuduk tidak diperlukan untuk telefon bimbit yang mempunyai perisian al-Quran.

Telefon pintar ini juga harus dibawa masuk ke dalam tandas. Walaupun terdapat perisian al-Quran, namun perisian al-Quran itu seumpama hati manusia yang menghafaz al-Quran. Insan yang menghafaz al-Quran atau sebahagian al-Quran mempunyai perisian al-Quran dalam dirinya.

Namun tidak haram baginya untuk masuk ke dalam tandas walaupun al-Quran berada dalam dirinya. Maka begitu juga telefon pintar ini. Namun jika al-Quran terpapar di skrin telefon pintar, maka adalah tidak wajar untuk telefon pintar ini dibawa masuk ke dalam tandas.

Baca lebih lanjut di:

http://www.panduanmalaysia.com/2014/06/hukum-bawa-telefon-ada-perisian-al.html

No comments:

Post a Comment