Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat
Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).
Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:
أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِمْ
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.”
Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:
قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي - رحمه الله - : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة
Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Wallahua’lam.
semoga dengan penjelasan mengenai hukum ini, kita akan lebih faham serta tidak lagi timbul keraguan atau perbalahan antara satu sama lain.
Baca lebih lanjut di: www.muftiwp.gov.my
Thursday, 11 January 2018
HUKUM MELURUSKAN RAMBUT ADALAH HARAM SEKIRANYA...
“Allah ‘Azza Wa Jalla melaknat orang yang mentatu dan yang meminta ditatukan, yang mencukur alisnya (bulu kening) dan menjarangkan giginya untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bagi mereka yang mengharuskan rebonding berhujah bahawa larangan dalam hadis tersebut bermaksud mengubah struktur dan fungsi ciptaan Allah secara kekal. Manakala rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.
Pada hemat saya, untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.
2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dan bersih dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini beerti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.
3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.
4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara ikhlas, saya tiada mempunyai maklumat mendalam mengenai kesan sampingan penggunaan bahan kimia berkenaan. Tetapi secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw: لا ضرر ولا ضرار yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .
Semoga garis panduan yang diberikan dapat membantu saudari membuat keputusannya.
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Baca selanjutnya di : http://muis.org.my/2010/08/hukum-melakukan-rebonding/
Sumber gambar: beranidakwah.com

Wednesday, 10 January 2018
16 NAMA SYAITAN DAN TUGASNYA!!!
Memang sudah menjadi hikmah Allah Taala dan bersesuaian dengan konsep ujian di dunia, manusia tidak dibiarkan begitu sahaja untuk mengikut dan mematuhi kehendak peraturan dan disiplin syariat yang telah digariskanNya. Sememangnya dari asal lagi manusia telah membuat perakuan di hadapan Allah bahawa Dia adalah Tuhan yang sebenar dan tidak ada tuhan lagi selain daripada Nya. Sekali pandang apabila manusia sudah membuat pengakuan sebegitu maka sudah pasti dia akan mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Akan tetapi, jika kita perhatikan realiti yang berlaku di dinia ini ialah kebanyakan manusia tidak berjaya melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Kegagalan manusia mematuhi perintah Allah samada dalam bentuk suruhan atau larangan ini adalah disebabkan oleh manusia itu sentiasa berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha menghalangnya daripada mengikut jalan Allah yang lurus. Antara musuh manusia yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dengan jelas ialah iblis atau syaitan (Muhammad Jamaluddin, 1996). Firman Allah mengisahkan episod permusuhan ini di dalam Al-Quran setelah Dia mengesahkan bagaimana iblis diusir daripada syurga diakibatkan keangkuhannya daripada sujud hormat kepada Nabi Adam:
“Iblis berkata, “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalanMu yang lurus”. “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
(Surah Al-A’raf: 16-17)
Oleh kerana pengisytiharaan perang oleh iblis terhadap keturunan Adam, maka Allah telah memberitahu bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan memerintahkan manusia menjadikan iblis/syaitan sebagai musuh. Firman Allah:
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanya mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka yang menyala-nyala". (Surah Al-Fatir: 6)
Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:
1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.
2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.
3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.
4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.
5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.
7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergaduh dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.
9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.
11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulkan raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. Khinzab – Tugasnya menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
14. Laqnis – Tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.
15. Abyadh – Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah sepanjang masa.
Sumber:
http://www.islamituindah.my
http://www.jawi.gov.my

TIADA LAGI GAMBAR "SELFIE"
Tiada lagi gambar “selfie” di tanah haram | Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini telah mengeluarkan arahan pengharaman bagi aktiviti “Selfie” di tanah haram. Bukan setakat gambar sahaja, malah video juga telah diharamkan di rakam di sana. Penguatkuasaan ini dijalankan di 2 masjid paling suci umat islam iaitu di Masjidil haram dan Masjid nabawi.
Pihak berkuasa menyatakan, langkah ini dibuat bagi melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat ibadah ini memandangkan semakin lama, aktiviti “berselfie” ini menjadi semakin teruk dan menganggu Jemaah lain. Ianya juga adalah untuk memberi “ketenangan” kepada Jemaah lain.
Cuba bayangkan, kita sedang solat, tiba-tiba datang 1 kumpulan Jemaah dan mengambil gambar beramai-ramai. Sambil memegang banner dan pelbagai bendera negara. Tak kurang juga ada Jemaah yang tiba-tiba berhenti berjalan dan “berselfie”. Jika ramai yang melakukan aktiviti ini, sudah pasti ianya menganggu.
Tindakan ini telah dikritik kerana di anggap telah terpesong daripada niat sebenar untuk mengerjakan haji dan umrah. Malah ada yang beranggapan, mereka yang datang ke sini bukan hanya untuk beribadah malah hanya untuk bergambar sahaja.
Sekiranya terdapat mana-mana Jemaah yang melanggar arahan ini, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk merampas gambar dan kamera sekiranya perlu.
Mengikut maklum balas daripada Jemaah, ada yang beranggapan pengharaman ini tidak patut dijalankan. Ini adalah kerana, dengan gambar yang diperolehi itulah mereka dapat mengabdikan kenangan mereka ketika berada di tanah suci. Ini mungkin kerana, peluang untuk berada di tanah suci mungkin datang sekali dalam seumur hidup mereka.
Ada juga yang merasakan, pihak berkuasa arab Saudi sepatutnya menghadkan beberapa lokasi sahaja dilarang untuk mengambil gambar dan bukannya mengharamkan semua kawasan.
Apa pun kami disini sangat-sangat berharap agar Jemaah daripada malaysia dapat memberikan kerjasama yang baik di atas larangan terbaru daripada kerajaan arab Saudi ini. Pasti ada sesuatu yang sangat baik daripada perkara ini. semoga ibadah kita semua diterima Allah hendaknya. Tepuk dada, tanya selera ya, nak selfie ke tidak.
Sumber: http://sukashares.blogspot.my
Gambar dari Watan-online.com

Tuesday, 9 January 2018
SAH KAH SOLAT JIKA TERKENA BULU KUCING?
Pakaian Solat yang terkena BULU KUCING. Adakah SOLAT ANDA SAH? Menurut Ustaz Azhar
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Soalan : Ustaz adakah bulu kucing itu najis.. sebab ada yang beritahu saya bulu kucing adalah.. najis..jika terkena pada baju.. tak boleh bawa solat.. betul ke ustaz?..jazakallahu khair
Jawapan :
Bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.
Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang-pengarang al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadanya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'
Rasulullah SAW bersabda :
'Sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum). Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan"
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu didalam hadis yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang-orang didalam rumah.
Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :
Rasulullah SAW bersabda :
"Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah SAW melakukan wuduk dengan air yang telah diminum oleh kucing"
[Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain].
Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing. Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?
Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..
Kesimpulannya : Kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadis Nabi SAW diatas. Terdapat dikalangan ulama-ulama bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wuduk pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing.
Wassalam.
Ust Azhar Idrus- Bulu Kucing & Solat oleh Pakcikkamo(Sumber: Tanyalah Ustaz)
Sumber : Friscomedia

SOLEKAN YANG DILARANG/HARAM UNTUK PEREMPUAN.
6 Solekan Seperti Ini Rupanya HARAM Untuk Perempuan.
Lumrah buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami, mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produk-produk kosmetik sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak menghabiskan wang daripada lelaki semata-mata ingin menjaga penampilannya agar selalu cantik dan mempesona.
Namun, harus diketahui bahawa tidak semua dandanan itu halal. Ada beberapa cara berdandan wanita yang ternyata bertentangan dengan ajaran islam.
Contohnya berdandan seperti wanita kafir yang tidak pernah solat berwudhu kerana takut make upnya luntur terkena air. Ini sudah sangat salah, jadi sudah jelas melanggar aturan islam.
Bagi wanita muslimah, sebaiknya hati-hati ketika ingin berdandan. Kerana 6 dandanan seperti ini rupanya haram buat wanita muslim.
1. BERLEBIHAN DALAM BERHIAS
Dandan yang diharamkan pertama adalah berlebihan dalam berhias, seperti memakan banyak masa semasa mencari kosmetik atau perhiasaan yang diinginkan. Lalu, juga menghabiskan banyak wang untuk membeli kosmetik dan juga perhiasaan tersebut.
“Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan, mahkluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al-Israa ayat 27).
2. MENGHABISKAN BANYAK MASA DIDEPAN CERMIN
Sesungguhnya yang berlebih-lebihan itu sangatlah tidak baik. Menghabiskan banyak masa bersolek didepan cermin dengan berbagai macam make up adalah cara dandan yang haram untuk wanita muslim.
3. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ramai wanita sekarang ini nak cantik, tapi sayangnya kecantikkannya itu dilaknat. Bulu kening yang ciptakan Allah dicukur nipis, kemudian diukir dengan pensel warna. Nak cakap kerja sendiri lagi cantik berbanding Allah ke ?
Rasulullah melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening . ( Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari )
4. MENYAMBUNG RAMBUT
Seterusnya, berhias yang haram buat wanita adalah menyambung rambut. Menyambung rambut diharamkan bagi wanita muslim kerana dapat membahayakan diri mereka sendiri.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami’ ash-Shaghir).
5. BERDANDAN MENYERUPAI LAKI-LAKI
Berdandan tidak hanya menggunakan kosmetik, juga menggunakan pakaian dan perhiasaan. Wanita yang suka berdandan dengan menyerupai laki-laki seperti menggunakan pakaian lelaki adalah haram hukumnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
6. MEMBUKA AURAT
Membuka aurat adalah haram baginya baik laki-laki maupun perempuan. Aurat hanya boleh dilihat oleh muhrimnya saja, selain itu dosa baginya.
Rasulullah SAW bersabda, “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).
Tidak salah untuk kelihatan cantik, tetapi berpada-padalah dan ikutlah syariat islam. Sudah jelas jika wanita yang berdandan secara berlebihan itu sangatlah tidak baik dan bahkan berdosa. Jadi, jika anda seorang wanita muslimah, sudah semestinya anda sedari hal ini untuk terhindar dari perbuatan maksiat dan juga dosa kepada Allah.
Sumber:
http://didakwah.blogspot.my

HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Hukum Orang Bertatu Jika Telah Bertaubat
Di dalam sebuah hadits Rasulullah SAW. bersabda:
“Sesungguhnya Allah memaafkan dari ummatku, kesalahan, kelupaan dan segala sesuatu yang dipaksakan atasnya.” (HR. Hakim dari Ibnu Abas).
Menatu badan hukumnya memang haram, bukan bererti orang yang bertatu tidak wajib solat. Mungkin ada yang beralasan tidak sah solat orang yang bertatu kerana tatu dianggap
menghalangi air ke kulit ketika bersuci (wuduk dan mandi junub), sehingga bersucinya tidak sah. Sekilas memang pernyataan ini seolah-olah benar, padahal tidak tepat.
Sebab,
1. Allah Maha Menerima Taubat hamba-hamba-Nya.
2. Solat lima waktu hukumnya wajib.
3. Kalau menghapus tatu itu mudah dan tanpa menyakiti badan maka harus dihapus, tetapi kalau menghapusnya harus dengan menyakiti badan, dengan disetrika misalnya, atau dengan memberikan cairan yang menimbulkan rasa sangat sakit, tentu ini justru perbuatan yang dilarang dalam Islam, oleh itu Allah SWT berfirmanyang bermaksud, “Dan janganlah kalian melemparkan diri kalian dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195).
4. Ada beberapa kaedah usul yang membenarkannya, diantaranya;
a. Meninggalkan syarat lebih baik daripada meninggalkan kewajiban,
b. apabila terdapat dua bahaya dalam dua pilihan, maka pilihlah bahaya yang lebih ringan.
Berdasarkan beberapa alasan diatas, maka orang yang terlanjur bertatu kemudian ia bertaubat dengan taubatan nasuha lalu melaksanakan solat maka insya Allah taubat dan solatnya diterima oleh Allah SWT.
Di samping itu semua bahawa Islam adalah agama rahmatan lil alamin, agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak ada ajarannya yang bertentangan dengan akal sihat.
Betapa sulitnya manusia, sekiranya keinginan kuatnya ingin bertaqarrub kepada Allah SWT tidak boleh tercapai hanya gara-gara tatu yang sulit dihapus. Padahal Allah Maha Pengampun, Maha Pemaaf dan Maha Menerima taubat.
Wallahu A’lam.
Sumber:
http://didakwah.blogspot.my/2017/01/hukum-orang-bertatu-jika-telah-bertaubat.html

Subscribe to:
Comments (Atom)