Memang sudah menjadi hikmah Allah Taala dan bersesuaian dengan konsep ujian di dunia, manusia tidak dibiarkan begitu sahaja untuk mengikut dan mematuhi kehendak peraturan dan disiplin syariat yang telah digariskanNya. Sememangnya dari asal lagi manusia telah membuat perakuan di hadapan Allah bahawa Dia adalah Tuhan yang sebenar dan tidak ada tuhan lagi selain daripada Nya. Sekali pandang apabila manusia sudah membuat pengakuan sebegitu maka sudah pasti dia akan mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Akan tetapi, jika kita perhatikan realiti yang berlaku di dinia ini ialah kebanyakan manusia tidak berjaya melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Kegagalan manusia mematuhi perintah Allah samada dalam bentuk suruhan atau larangan ini adalah disebabkan oleh manusia itu sentiasa berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha menghalangnya daripada mengikut jalan Allah yang lurus. Antara musuh manusia yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dengan jelas ialah iblis atau syaitan (Muhammad Jamaluddin, 1996). Firman Allah mengisahkan episod permusuhan ini di dalam Al-Quran setelah Dia mengesahkan bagaimana iblis diusir daripada syurga diakibatkan keangkuhannya daripada sujud hormat kepada Nabi Adam:
“Iblis berkata, “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalanMu yang lurus”. “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
(Surah Al-A’raf: 16-17)
Oleh kerana pengisytiharaan perang oleh iblis terhadap keturunan Adam, maka Allah telah memberitahu bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan memerintahkan manusia menjadikan iblis/syaitan sebagai musuh. Firman Allah:
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanya mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka yang menyala-nyala". (Surah Al-Fatir: 6)
Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:
1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.
2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.
3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.
4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.
5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.
7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergaduh dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.
9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.
11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulkan raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. Khinzab – Tugasnya menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
14. Laqnis – Tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.
15. Abyadh – Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah sepanjang masa.
Sumber:
http://www.islamituindah.my
http://www.jawi.gov.my
No comments:
Post a Comment