Hukum Orang Bertatu Jika Telah Bertaubat
Di dalam sebuah hadits Rasulullah SAW. bersabda:
“Sesungguhnya Allah memaafkan dari ummatku, kesalahan, kelupaan dan segala sesuatu yang dipaksakan atasnya.” (HR. Hakim dari Ibnu Abas).
Menatu badan hukumnya memang haram, bukan bererti orang yang bertatu tidak wajib solat. Mungkin ada yang beralasan tidak sah solat orang yang bertatu kerana tatu dianggap
menghalangi air ke kulit ketika bersuci (wuduk dan mandi junub), sehingga bersucinya tidak sah. Sekilas memang pernyataan ini seolah-olah benar, padahal tidak tepat.
Sebab,
1. Allah Maha Menerima Taubat hamba-hamba-Nya.
2. Solat lima waktu hukumnya wajib.
3. Kalau menghapus tatu itu mudah dan tanpa menyakiti badan maka harus dihapus, tetapi kalau menghapusnya harus dengan menyakiti badan, dengan disetrika misalnya, atau dengan memberikan cairan yang menimbulkan rasa sangat sakit, tentu ini justru perbuatan yang dilarang dalam Islam, oleh itu Allah SWT berfirmanyang bermaksud, “Dan janganlah kalian melemparkan diri kalian dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195).
4. Ada beberapa kaedah usul yang membenarkannya, diantaranya;
a. Meninggalkan syarat lebih baik daripada meninggalkan kewajiban,
b. apabila terdapat dua bahaya dalam dua pilihan, maka pilihlah bahaya yang lebih ringan.
Berdasarkan beberapa alasan diatas, maka orang yang terlanjur bertatu kemudian ia bertaubat dengan taubatan nasuha lalu melaksanakan solat maka insya Allah taubat dan solatnya diterima oleh Allah SWT.
Di samping itu semua bahawa Islam adalah agama rahmatan lil alamin, agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak ada ajarannya yang bertentangan dengan akal sihat.
Betapa sulitnya manusia, sekiranya keinginan kuatnya ingin bertaqarrub kepada Allah SWT tidak boleh tercapai hanya gara-gara tatu yang sulit dihapus. Padahal Allah Maha Pengampun, Maha Pemaaf dan Maha Menerima taubat.
Wallahu A’lam.
Sumber:
http://didakwah.blogspot.my/2017/01/hukum-orang-bertatu-jika-telah-bertaubat.html
Tuesday, 9 January 2018
Monday, 8 January 2018
HUKUM PASANGAN SUAMI ISTERI BERSETUBUH SEBELUM MANDI WAJIB AKIBAT HAID
Haid merupakan keadaan semulajadi wanita yang subur. Ia berlaku setiap bulan dan wanita diberi kelonggaran untuk tidak bersolat atau berpuasa apabila berlakunya haid. Bagaimana pula suami meminta untuk bersama ketika haid? Jawapannya isteri boleh menolaknya dan tidak berdosa.Kenapa ianya dilarang?
Dalam kitab fekah mengatakan jika isteri anda sedang haid anda dilarang /haram untuk melakukan jimak.Ini kerana pada masa tersebut bahagian faraj isteri amat sensentif untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.
Implikasinya saluran rahim akan cepat rosak dan berkemungkinan akan dapat sakit barah rahim,sebab itulah Allah mengharamkan untuk para suami melakukan jimak dalam tempoh tersebut.
Bagaimana pula hukum berstubuh sebelum mandi wajib akibat haid?
segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Adapun berkenaan dengan soalan yang ditanyakan, di dalam mazhab Imam al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, atau dalam keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi. Ini berdalilkan firman Allah Taala:
وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ
Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
(Surah al-Baqarah, 222)
Maka hukumnya berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mengetahui hukum haramnya, dan tanpa lupa dan dipaksa. Maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat. Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan faqir atau miskin menggunakan matawang Islam, iaitu emas tulen.
Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a.:
إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ
Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar
Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya.
Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.
Rujuk al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147)
Satu dinar adalah 4.25 gram emas dan separuh dinar adalah 2.125 gram. Manakala jenis emas yang mempunyai ketulenan yang tinggi adalah 24 karat (24k).
Justeru dalam kes di atas, hendaklah si suami bertaubat nasuha atas kesilapan yang dilakukan. Sunat dilakukan solat sunat taubat dan juga membayar kafarah separuh dinar emas kepada faqir dan miskin, walaupun kepada seorang.
Semoga Allah menerima taubat kita dan memperbaiki urusan kita.
Wallahua’lam.
sumber:
http://www.muftiwp.gov.my
http://www.masalahwanita.com

Sunday, 7 January 2018
ADAB BERSALAMAN ANTARA LELAKI & WANITA (MUSLIM)
NABI TIDAK BERSALAMAN DENGAN PEREMPUAN.
Masyarakat Malaysia beranggapan bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin menjelaskannya melalui hadis Rasulullah s.a.w., seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketika mana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.
PERANAN BERSALAMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau
tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu.
Maka eloklah kedua-duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan
itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan
persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas hamba-Nya. Ini berdasarkan dalil yang telah ditegaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya:
‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)
Begitu juga apabila tiba masanya seseorang sahabat dari perantauan
disambut oleh keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa
sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:
‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan
berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka
berpelukan.’
(Riwayat Abu Daud)
Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau
berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah
dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan dalam hadis yang lain.
‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan
memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah
mengampunkan dosa kedua duanya.’
(Riwayat Abu Daud)
Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam
memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat
dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan
harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan
melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja.
Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam
dengan lelaki bukan Islam. Begitu juga perempuan Islam dibolehkan bersalaman dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan hidup semata-mata.
HUKUM BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN
Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan
perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air
sembahyang dan dibolehkan berkahwin, melainkan dengan berlapik. Apa yang
dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh
Sheikh 'Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan
kaedah mazhab Syafie:
‘Tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan dengan
berlapik.’
Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:
‘Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kemudahan air untuk kamu berwuduk
maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.’
(Surah Al-Nisa': 43)
Berdasarkan ayat ini mengikut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk
sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah
haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya.
Sama ada dengan rasa keinginan nafsu atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali
dengan berlapik atau beralas.
Manakala jumhur ulama, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak
mengapa sekadar bersalaman antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada
keinginan nafsu antara mereka.
Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha'rawi
menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan
perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi.(Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya'rawi. T.T. 157).
Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah
berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan
ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon
keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al-
Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).
Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan
remeh di kalangan orang Islam. Sebenarnya ia adalah besar dan berat di sisi
Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saham kepada gejala gejala yang lebih besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalan-jalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu.
Soal ini ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:
‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’
(Riwayat Baihaki)
Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali
menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi oleh orang lain iaitu bukan berdua-duaan dan tidak sekali-kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. 'Abdul Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)
CARA MEMBERI SALAM ANTARA LELAKI DAN WANITA
Suka dinyatakan di sini bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam
kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat
sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman
dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma' binti Yazid melalui sepotong hadis:
‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada
suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghormatan dengan mengucapkan kalimah salam.’
(Riwayat Tarmizi)
Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan
namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga
selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja yang membalas.
Sumber:
http://kasihislami.blogspot.my

MEMAKAI BAJU BERGAMBAR SEMASA SOLAT.
MALAYSIA adalah negara majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Masyarakat Melayu beragama Islam mempunyai komposisi bilangan penduduk yang tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Sudah pasti segala perilaku, tindakan, pakaian dan pelbagai lagi tertakluk kepada hukum-hukum Islam yang begitu unik dan bersifat universal.
Boleh atau Tidak?
Pendakwah, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, dalam soal pakaian sebagai contoh, kita lihat ramai masyarakat Islam khususnya remaja dan dewasa mahupun golongan sedang meningkat tua memakai pakaian yang berasaskan fesyen yang diminati.
Ada yang memakai pakaian yang mempunyai gambar tumbuhan, kereta lumba, wanita, tengkorak, kartun, logo dan nama pasukan kelab bola sepak dan pelbagai lagi.
Pakaian yang mereka pakai kadang-kadang digunakan mendirikan solat sama ada di masjid, surau dan sebagainya.
"Secara umumnya pakaian yang haram digunakan untuk solat dapat dibahagikan kepada dua.
Pertama pakaian bernajis dan pakaian yang dirampas. Kedua, pakaian lelaki yang diperbuat daripada sutera, pakaian bersulam emas, dipakai Islam.
Ini adalah bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Diharamkan pakaian sutera dan emas bagi kaum lelaki umatku tetapi tidak diharamkan untuk kaum wanitanya."
"Walaupun begitu dalam soal pemakaian baju atau seluar dan seumpamanya yang mempunyai lakaran tertentu ketika menunaikan solat, ia dikategorikan kepada tiga:-
Pertama; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk tidak bernyawa seperti kereta F1, motosikal berkuasa besar, kapal terbang, rumah, pokok, laut, bunga, dan sebagainya lagi adalah harus dan tidak menjadi satu kesalahan.
Kedua; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa seperti singa, harimau, burung, kartun, tengkorak, kumpulan rock heavy mental, gambar ahli politik dan sebagainya lagi.
Ketiga; memakai pakaian yang mempunyai gambar dilarang Islam seperti wanita tidak menutup aurat, berunsur seks, bogel, gambar yang mengajak manusia ke arah suka kepada hiburan dunia semata-mata dan sebagainya lagi," katanya kepada Rehal.
Peduli dengan gambar
Justeru itu dalam soal berpakaian dalam solat ini perlu diberi perhatian memandangkan ramai yang tidak peduli perihal gambar yang ada di baju atau pakaian mereka dengan alasan yang penting adalah mendirikan solat.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ini juga menjelaskan, sebenarnya solat ini perlu dilaksanakan secara berkualiti dan penuh dengan kekhusyukan kepada ALLAH.
Cuba elakkan perkara yang boleh menjejaskan kualiti solat kita kepadaNya. Abu Talhah meriwayatkan bahawa mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan gambar".
"Begitu juga dengan peristiwa di zaman Rasulullah SAW di mana Aisyah mempunyai sehelai tabir nipis yang digunakan untuk menutupi satu penjuru di rumahnya.
Rasulullah SAW mengarahkan Aisyah agar buangkan tabir tersebut kerana gambarnya sering terbayang (mengganggu) dalam solat Rasulullah SAW.
"Ini memberi penjelasan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam khususnya berkaitan dengan proses solat maka janganlah kita sewenang-wenang membeli dan pakai ketika solat.
Selain itu pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang boleh mengganggu kekhusyukan dan perhatian orang lain ketika solat juga perlu dielakkan," katanya.
Menurutnya, pakaian yang paling sesuai ketika solat ialah pakaian yang menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan.
Firman ALLAH yang bermaksud: "...pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat)..." (Surah al-A’raf: 31)
Tutup aurat
Bagi masyarakat Islam di Malaysia kebanyakan mereka memakai baju Melayu. Ini tidak menjadi kesalahan asalkan ia menutup aurat. Begitu juga jika seseorang itu memakai pakaian berbunga ketika solat maka ia diharuskan dan tidak menjadi kesalahan.
Dalam erti kata lain seseorang boleh menunaikan solat dengan memakai pakaian yang sangat cantik setiap kali hendak menghadap ALLAH dalam solat.
Janganlah kita hanya mengamalkan memakai pakaian yang cantik dan mahal ketika ke tempat kerja, kenduri dan hari raya sahaja tetapi ketika kita sedang menghadap ALLAH yang menciptakan kita dalam solat lima waktu sehari semalam, kita hanya memakai pakaian yang murah, berbaju singlet, berkain pelekat sahaja tanpa baju dan sebagainya lagi. Janganlah kita mempunyai sifat bakhil
dalam perkara yang berkaitan dengan solat.
Aurat bagi seorang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya solat menjadi sah.
Dalam erti kata lain seseorang lelaki yang memakai pakaian yang menutupi anggota badannya bermula di bawah pusat hingga di bawah lutut maka ia dibolehkan untuk bersolat.
Solat dengan hanya memakai seluar (di bawah pusat hingga di bawah lutut) tanpa baju tetapi masih lagi dalam batas aurat bagi seseorang lelaki, maka ia dibolehkan jika seseorang itu melakukannya kerana ingin menunjukkan rasa rendah diri dan menambahkan kekhusyukan ibadah kepada ALLAH.
Namun perkara ini akan menjadi makruh sekiranya seseorang lelaki yang mampu mempunyai pakaian atau pun ada pakaian yang mampu menutupi bahagian atas badan tetapi tidak digunakan untuk bersolat sebaliknya hanya memakai seluar atau kain pelekat sahaja maka ia dikira makruh.
Aurat seseorang Islam wajib dipelihara sama ada di dalam solat mahupun di luar solat. Aurat bagi seseorang wanita Islam yang ingin mengerjakan solat semestinya anggota badannya ditutupi dengan sesuatu yang tidak menampakkan warna kulit seperti kain yang tebal.
Sekiranya pakaian yang menutupi anggota badannya masih boleh menampakkan warna kulit dan pelbagai lagi seperti memakai telekung yang jarang serta nipis, maka hukumnya tidak harus memakai telekung tersebut kerana hakikat penutupan yang sebenarnya tidak terlaksana dengan cara pakaian tersebut.
Maka telekung yang nipis itu perlu dia gantikan dengan kain telekung tebal yang mampu melindungi anggota badan dari ternampak.
Ini kerana salah satu syarat penutup aurat ialah wajib menutup aurat dengan kain yang tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.
Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka tidak sah solat dengannya kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat.
Kesimpulannya, walaupun kain telekung yang diperbuat daripada kain tebal atau kain licin, kain telekung berwarna hitam putih dan berwarna-warni serta berbunga-bunga boleh digunakan untuk bersolat, elakkan sifat riak dan takabbur dengan kain telekung yang kita miliki kerana kadang-kadang dengan sifat riak dan takabbur yang kita miliki ini akan menjejaskan kualiti ibadah solat kita kepada ALLAH.
sumber: Sinar harian

Friday, 5 January 2018
HUKUM BERONANI ATAU MELANCAP
SOALAN:
Apa hukum onani atau melancap?
JAWAPAN:
Ulama khilaf dalam hal ini. Yang masyhur bahawa hukumnya ialah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun. Kami menyebut huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam:
“Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah). Mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah:
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7
Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)
Oleh itu orang yang melakukan onani atau melancap untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam.
Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa air mani itu adalah lebihan tubuh badan manusia yang boleh dikeluarkan dengan cara ejakulasi dan sebagainya. Pendapat ini dikuatkan dan disokong oleh Ibn Hazm. Lantaran itu, ahli fiqh Mazhab Hanbali mengharuskan onani dengan dua sebab; kerana bimbang dirinya akan melakukan zina; dan kerana tidak mampu berkahwin.”
“Apa yang lebih utama di sini ialah dengan mengikut petunjuk Rasulullah SAW yang mulia kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin iaitu dengan membiasakan diri dengan puasa yang boleh mengurangkan keinginan dan mengajar cara-cara bersabar serta memperteguhkan keimanan, ketakwaan yang ada dalam diri dan memperlihatkan diri kepada Allah SWT yang mana disimpulkan oleh baginda SAW dalam sabdanya:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (5065) dalam Sahih-nya.
Selain daripada itu hendaklah dicegah sejak awal keinginan seksual yang sia-sia itu dengan menundukkan pandangan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita, supaya tidak terbawa-bawa sehingga mengganggu tubuh badan dan fikiran. Ini jelas dinaskan oleh Allah SWT:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا... (31)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;…”
Surah al-Nur, (24 : 30-31)
Wallahua’lam.
Sumber:
http://www.muftiwp.gov.my
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub

HUKUM KENCING SECARA BERDIRI
SOALAN:
Assalamualaikum Datuk Mufti, apakah hukum kencing berdiri ?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam w.b.t. Isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Mereka terbahagi kepada dua pandangan sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya. Berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:
مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا
Maksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.
Riwayat al-Tirmizi (12)
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:
أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأ
Maksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk.
Riwayat al-Bukhari (224)
Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan: Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).
Kami juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:
- Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
- Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.
Wallahu A'lam.
Sumber:
http://www.muftiwp.gov.my
kredit: Zaiton Khadari
gambar hiasan

Wednesday, 3 January 2018
Asal Usul Dan HUKUM Memakai Pakaian HITAM Ketika Melawat Ada Kematian . Bagaimana Jika Sedia Memakai Baju Hitam Lalu Ada kematian ?!
Seringkali kita lihat apabila ada kematian, budaya pemakaian pakaian berwarna hitam pasti berlaku. Mengenakan pakaian Hitam ketika menziarah kematian bagaikan perkara MESTI/PERLU, bahkan WAJIB dalam kebanyakkan masyarakat harini. Tanda penghormatan? Berkabung?
Namun, tahukah anda Asal-usul dan apa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian?
ASAL USUL
Berpakaian hitam kerana berlaku kematian sudah mahsyur dan menjadi kebiasaan diamalkan olih masyarakat kristian eropah sejak abad pada 19.
Ketika Raja Albert meninggal dunia pada tahun 1861, balunya Ratu Victoria juga mengamalkan tradisi berpakaian hitam ini dan diberitakan Ratu memakainya selama 40 tahun.
Menurut pakar sejarah eropah, berpakaian hitam ketika kematian bermula lebih awal lagi iaitu di abad yang ke 17.
Ketika Inggeris diperintah olih Sir Oliver Cromwelll pada 1653-1658, beliau melarang rakyatnya hidup mewah, termasuk dalam soal berpakaian. Kaum wanita dikehendaki memakai gaun labuh yang berwarna hitam.
Ane Holander menyebutkan tiga mazhab kristian katolik yang memakai pakaian hitam ketika kematian samada hitam keseluruhan seperti mazhab Benedictine. Manakala mazhab Augustine dan Dominican memakai hitam dan putih.
Menurut Franco Piponnier dan Perrine Manne dalam buku bertajuk Dress in the Middle Ages, bahawasanya berpakaian hitam ketika berlaku kematian asalnya dari Sepanyol pada abad pertengahan yang kemudian ditiru oleh para masyarakat inggeris dan perancis.
Al-Hafiz Al-Imam As-Suyuthi berkata pada kitabnya “Al-Awa’il” bahwa orang-orang kristian koptik Mesir memakai pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan kesedihan dalam masa berkabung bila berlaku kematian dikalangan mereka.
HUKUM
Memakai pakaian berwarna hitam bukan sebab berlaku kematian adalah harus kerana Nabi saw pernah memakai pakaian berwarna hitam.
Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadith
” مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
artinya “ Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka “
Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.
Imam Ghozali menyebut didalam Ihya ‘Ulumuddin bahwa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram karena termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian orang-orang kafir.
Oleh itu jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian samada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.
Tetapi jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian maka hukumnya adalah haram.
Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.
Wallahua’lam.
Baca selanjutnya di:
http://sehinggit.blogspot.my/2017/11/asal-usul-dan-hukum-memakai-pakaian.html

Subscribe to:
Comments (Atom)